Xi Ucap Tahniah Sempena Perasmian Canton Fair ke-140

(CRI)Rabu 14 Oktober 2026

Presiden China Xi Jinping mengucapkan tahniah sempena perasmian Pameran Import dan Eksport China (Canton Fair) ke-140 pada Rabu.

Xi dalam perutusannya berkata sejak tujuh dekad lalu, Canton Fair telah memainkan peranan penting dalam menggalakkan perdagangan antara China dan dunia luar, sekali gus menjadi platform berkesan untuk China memperluas keterbukaan bertaraf tinggi dan mendorong pembinaan ekonomi dunia yang terbuka.

Beliau turut menzahirkan komitmen China berganding bahu dengan semua negara untuk bersama-sama mempertahankan sistem perdagangan multilateral, menjamin kestabilan dan kelancaran rantaian perindustrian dan bekalan global, meneroka ruang kerjasama ekonomi dan perdagangan saling menguntungkan di peringkat antarabangsa, di samping mendorong globalisasi ekonomi yang inklusif dan membawa manfaat kepada semua.

Video

Berita Berkaitan