- Lain-lain
Zhao Leji Bertemu Peserta Forum Pertukaran Muhibah Ahli Perundangan di Beijing

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Zhao Leji mengadakan pertemuan dengan perwakilan asing yang menghadiri Forum Pertukaran Muhibah Ahli Perundangan 2026 di Beijing pada Rabu.
Dalam pertemuan itu, Zhao berkata NPC bersedia bekerjasama dengan parlimen negara lain untuk melaksanakan empat inisiatif global utama, mengamalkan multilateralisme jitu dan memperkukuh pertukaran melibatkan pelbagai peringkat dan bidang.
Usaha berkenaan bertujuan menyediakan jaminan undang-undang bagi kerjasama praktikal serta memperkukuh persefahaman dan persahabatan di kalangan rakyat, ujar beliau.
Sementara itu, para perwakilan asing yang ditemui bersetuju bahawa badan perundangan pelbagai negara perlu memperkasa dialog dan kerjasama bagi membina konsensus secara meluas, sekali gus menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi yang mampan serta keamanan, kestabilan dan kemakmuran global.
Forum Pertukaran Muhibah Ahli Perundangan 2026 telah berlangsung di Tianjin, utara China pada 11 hingga 13 Oktober.
- Undang-Undang Jaminan Perubatan Lulus dalam Pengundian Sidang ke-24 NPC
- Sidang ke-18 Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 CPPCC Melabuhkan Tirai
- Sidang ke-24 Jawatankuasa Tetap NPC ke-14 akan Berlangsung pada 25 Hingga 28 Ogos
- China Lakar Kemajuan dalam Pembinaan Pasaran Domestik yang Bersatu
- China Catat Peningkatan Bilangan Hari dengan Kualiti Udara Baik
- China Lakar Kejayaan Baharu dalam Penerokaan dan Perlindungan Laut
- Sidang Tahunan NPC Labuh Tirai
- Persidangan NPC dan CPPCC, Petanda Aras Pembentukan Masa Depan China Bahkan Dunia
- Sidang keempat NPC ke-14 Berakhir Esok
- Sidang Tahunan NPC dan CPPCC, Jendela Fahami Demokrasi Rakyat Seluruh Proses




