Forum Liangzhu ke-4 Buka Tirai di Hangzhou

(CRI)Ahad 18 Oktober 2026

Forum Liangzhu ke-4 membuka tirai di bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang, timur China pada Ahad.

Forum itu menghimpunkan pakar-pakar dari dalam dan luar negara bagi membincangkan topik seperti tamadun awal, arkeologi tapak kota serta pemeliharaan tapak warisan.

Siri kemajuan dan pencapaian baharu dalam penyelidikan akademik akan turut disiarkan sempena forum tersebut.

Acara berkenaan dianjurkan bersama oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China (MCT), Jabatan Pentadbiran Warisan Budaya Negara (NCHA) dan kerajaan tempatan provinsi Zhejiang.

Video

Berita Berkaitan