Lula Menang Pilihan Raya Presiden Buat Kali Keempat

(CRI)Isnin 26 Oktober 2026

Luiz Inacio Lula da Silva berjaya mempertahankan jawatannya selepas memenangi pusingan kedua pemilihan Presiden Brazil yang berlangsung pada Ahad waktu tempatan.

Berdasarkan data Mahkamah Pilihan Raya Tinggi Brazil, setakat 99.80 peratus undi yang telah dikira, Lula memperoleh 51.76 peratus undi berbanding Flavio Bolsonaro yang memperoleh 48.24 peratus undi.

Lula dijadual mengangkat sumpah secara rasmi pada 5 Januari 2027, bagi memulakan penggal perkhidmatannya selama empat tahun.

Ini merupakan kali keempat Lula dipilih sebagai Presiden Brazil.

Video

Berita Berkaitan