Nilai Pengeluaran Industri Filem China Cecah RMB480 Bilion

(CRI)Selasa 27 Oktober 2026

Pasaran filem domestik China terus mencatat pertumbuhan yang mampan dengan nilai pengeluaran rantaian industri filem dianggarkan mencecah 480 bilion yuan (RM294 bilion) sejak awal tahun ini.

Nilai keseluruhan kutipan tiket filem di China bagi tahun 2026 (termasuk prajualan) melepasi 31.5 bilion yuan (RM19.3 bilion) setakat petang Isnin.

Bagi tempoh sama, jumlah penonton di pawagam seluruh negara mencecah 804 juta orang dengan rekod tayangan sebanyak 122 juta kali melibatkan lebih 400 karya filem yang merangkumi pelbagai genre termasuk komedi, aksi, fiksyen sains, saspens dan animasi.

Selain menayangkan pelbagai genrefilem, pawagam di serata tempat di China turut memperkenalkan model operasi yang inovatif dan menawarkan perkhidmatan yang menggabungkan katering, pergaulan sosial, hiburan dan pengalaman budaya kepada para penonton.

Dalam pada itu, lebih 1,000 pawagam merintis penyiaran langsung pelbagai pertandingan sukan antaranya pertandingan bola sepak, pingpong, tenis dan lain-lain.

Filem bukan lagi sekadar tayangan skrin sahaja, malah muncul sebagai enjin budaya yang merangsang pasaran perbelanjaan di negara Tembok Besar.

Video

Berita Berkaitan