- Lain-lain
Lebih Banyak Filem China Dibawa ke Luar Negara
Filem China semakin mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila lebih 20 karya filem tempatan dibawa ke luar negara pada separuh pertama tahun ini.
Menurut statistik Pentadbiran Perfileman China (CFA), jumlah kutipan tiket filem China di luar negara bagi tahun 2026 mencecah 450 juta yuan (RM274.4 juta) setakat hujung Ogos.
Selain kung fu, filem pelbagai genre yang lain seperti realisme, animasi, saspens dan sukan turut memasuki pasaran antarabangsa.
Eksport filem China tidak lagi hanya tertumpu kepada pasaran tradisional seperti Amerika Utara dan Asia Tenggara, malah diperluas ke negara-negara Eropah termasuk Jerman, Britain, Ireland, Hungary dan Perancis serta pasaran baru muncul di Asia Tenggara seperti Filipina dan Indonesia.
Selain mengeksport filem, pemain industri perfileman China juga giat memperkenalkan teknologi dan piawaian berkaitan pembikinan filem kepada pasaran asing, sekali gus meyumbang kepada penghasilan filem berkualiti tinggi di peringkat global.
- Nilai Pengeluaran Industri Filem China Cecah RMB480 Bilion
- Kutipan Tiket Filem Cecah RMB200 Juta pada Hari Pertama Cuti Hari Kebangsaan
- Malaysia Boleh Manfaat Pengalaman China Perkasa Industri Perfileman
- Tayangan Perdana Filem Animasi China “All Wishes Come True” di Britain, Ireland
- Acara Tayangan Perdana Filem 'Dear You' Diadakan di Indonesia
- Filem 'Dear You' Ditayangkan di Vietnam
- Pasaran Filem China Raih Kutipan Memberangsangkan
- Filem "Dear You" Raih Kutipan Tiket Lebih RMB1.8 Bilion
- Filem China “Dear You” Kutip Lebih 1 Bilion Yuan
- Kutipan Tiket Filem di China pada Cuti Hari Pekerja Cecah RMB750 Juta




