Sepanyol Isytihar Tiga Hari Berkabung Peringati Mangsa Kemalangan Kereta Api Berkelajuan Tinggi

(CRI)Khamis 29 Oktober 2026

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez mengumumkan tempoh berkabung nasional selama tiga hari bermula 29 Oktober bagi memperingati mangsa yang terkorban dalam tragedi pelanggaran kereta api berkelajuan tinggi yang berlaku di negara itu.

Perisytiharan itu dibuat susulan insiden menyayat hati yang disahkan pihak berkuasa wilayah Castilla-La Mancha, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 68 nyawa.

Nahas buruk itu dilaporkan berlaku berhampiran ibu kota wilayah Toledo.

Laporan awal menunjukkan sebuah kereta api penumpang bertindak merempuh belakang sebuah kereta api yang sedang berhenti di atas landasan laluan Madrid-Seville.

Video

Berita Berkaitan