- Lain-lain
Inisiatif Pemulihan Teluk Biru China Dapat Pengiktirafan PBB
Inisiatif Pemulihan Teluk Biru China dinobatkan sebagai projek unggul pemulihan dunia atau 'World Restoration Flagship' oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.
Pengiktirafan itu diumumkan pada aktiviti 'Hari Pemulihan' sempena mesyuarat ke-17 Persidangan Pihak-Pihak (COP17) Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) di Yerevan, Armenia.
Program Alam Sekitar PBB (UNEP) menyifatkan inisiatif berkenaan sebagai antara projek pemulihan ekologi berskala besar yang paling berpotensi dan paling berwawasan di dunia serta contoh yang memberi inspirasi kepada negara-negara lain.
Diketuai bersama oleh Kementerian Sumber Asli dan Kementerian Kewangan, inisiatif itu merupakan inisiatif pemuliharaan ekologi kedua China yang menerima pengiktirafan PBB.
Pada 2022, pengiktirafan berprestij itu pernah diberikan kepada Inisiatif Shan-Shui China yang menyasar memulihkan 10 juta hektar kawasan semula jadi di seluruh negara menjelang 2030.
- Kod Undang-Undang Alam Sekitar China Akan Berkuatkuasa pada 15 Ogos
- Rimbunan Bakau Perindah Landskap Bandar di Quanzhou
- Lebih 6,000 Angsa Whooper Kerumuni Rongcheng
- China Serah Instrumen Ratifikasi Perjanjian mengenai Biodiversiti Marin kepada PBB
- China Gubal Undang-undang Berhubung Aktiviti, Perlindungan Alam Sekitar di Antartika
- Membina ‘Lejar Hijau’ untuk 142 Bilion Pokok di China
- Gunung Wutai Tempat Keajaiban Geologi Bertembung Dengan Budaya
- China Selesaikan Penghijauan Seluas 6.67 Juta Hektar pada 2024
- Bina Hutan Adalah Bina Masa Depan - Xi
- Ikan Lumba-lumba Putih Cina Kembali ke Muara Fujian Buat Tujuh Tahun Berturut-turut




