Forum Hak Cipta Antarabangsa Berlangsung di Dunhuang

(CRI)Selasa 03 November 2026

Forum Hak Cipta Antarabangsa 2026 berlangsung selama tiga hari di Dunhuang, provinsi Gansu bermula Isnin dengan kehadiran wakil-wakil sektor berkaitan dari lebih 40 negara.

Forum itu menggabungkan tradisi dan masa depan menerusi medium hak cipta, bertujuan untuk menggalakkan pembangunan industri kreatif secara berkualiti tinggi, menyokong perlindungan dan pemulihan warisan budaya serta menyumbang kebijaksanaan kepada kemakmuran budaya global.

Forum berkenaan dianjurkan bersama oleh Pentadbiran Hak Cipta Negara China (NCAC) dan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO).

Video

Berita Berkaitan