- Lain-lain
Forum Media Jalur dan Laluan 2026 di Fuzhou

Foto memaparkan majlis pembukaan Forum Kerjasama Media Jalur dan Laluan 2026 di Fuzhou, provinsi Fujian, tenggara China. (Foto/Zhang Wujun)
Forum Kerjasama Media Jalur dan Laluan 2026 telah diadakan pada 3 November lalu di Fuzhou, provinsi Fujian, tenggara China.
Hadirin rata-rata beranggapan bahawa media dari negara-negara berbeza harus bekerjasama merekodkan dan mengongsikan kisah-kisah Jalan Sutera yang menambat perhatian, memudahkan komunikasi dasar dan pertukaran orang ke orang, serta memupuk persekitaran pendapat umum yang positif.

Foto memaparkan majlis pembukaan Forum Kerjasama Media Jalur dan Laluan 2026 di Fuzhou, provinsi Fujian, tenggara China. (Foto/Zhang Wujun)
Forum tersebut, yang bertemakan “Mencari Persefahaman dan Aspirasi Bersama di sepanjang Jalur dan Laluan”, dihoskan bersama oleh People’s Daily dan Kerajaan Rakyat Provinsi Fujian. Atur cara termasuk majlis pembukaan, tiga subforum, berserta satu pameran pencapaian kerjasama Jalur dan Laluan.
Acara mengundang kehadiran lebih 200 wakil dari 100 negara, pertubuhan antarabangsa dan serantau, serta 182 badan media.




