Mesyuarat Majlis Keempat BRNN Diadakan di Fuzhou

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 04 November 2026

Para wakil menghadiri Mesyuarat Majlis Keempat Rangkaian Berita Jalur dan Laluan di Fuzhou, provinsi Fujian, tenggara China pada Selasa, 3 November 2026. (Jiang Yushi/People's Daily)

Para wakil menghadiri Mesyuarat Majlis Keempat Rangkaian Berita Jalur dan Laluan di Fuzhou, provinsi Fujian, tenggara China pada Selasa, 3 November 2026. (Jiang Yushi/People's Daily)

Perwakilan 38 badan media dari 23 negara hadir di Fuzhou, provinsi Fujian, tenggara China pada Selasa, untuk merancang fasa seterusnya bagi Rangkaian Berita Jalur dan Laluan (BRNN).

People’s Daily, selaku pengerusi, membentangkan laporan kerja majlis ketiga. Memetik laporan berkenaan, sejak memulakan tugas pada Ogos 2024, majlis tersebut telah menyatukan badan media dari negara-negara peserta menerusi kerjasama praktik, menjunjung prinsip teras sambil menginovasi dan melakar kemajuan baharu dalam pelbagai aspek kerja BRNN. Pendekatan ini berjaya memperluas sokongan media terhadap pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan, malahan menyuntik momentum baharu kerjasama.

Menurut laporan itu lagi, BRNN kini mempunyai 327 anggota dari 120 negara, naik 19 peratus berbanding 2024. Rangkaian ini telah berkembang maju dalam tiga perkara serentak, baik dari segi saiz, liputan, mahupun pengambilan anggota baharu.

BRNN juga telah muncul sebagai platform mantap untuk kerjasama media antarabangsa, juga satu jenama diplomasi awam teladan di bawah rangka kerjasama Jalur dan Laluan.

Memandang ke hadapan, empat perkara akan menjadi fokus majlis, iaitu memperluas keanggotaan sambil mempertingkat kualitinya, meneroka bentuk baharu pertukaran media, menangani perubahan dibawa teknologi pintar, dan melebarkan capaian anugerahnya di persada antarabangsa.

Para wakil telah mencapai konsensus meluas untuk menaikkan lagi kualiti kerja, dan meluluskan Deklarasi Bersama Mesyuarat Majlis Keempat Rangkaian Berita Jalur dan Laluan.

Dokumen tersebut menggariskan enam ikrar: kekal setia kepada misi penubuhan dan menggalas bersama tanggungjawab semasa, memfokuskan pembangunan yang menguntungkan semua, menjaga ketenteraman dan bahas awam yang rasional, memanfaatkan teknologi pintar untuk membina konsensus berhubung tadbir urus, dan memperdalam kerjasama untuk menggembleng kekuatan dari pelbagai sudut.

Mesyuarat kali ini turut mengumumkan senarai anggota majlis keempat, yang merangkumi 42 badan media dari 26 negara. Antara buah perbincangan majlis, kaedah untuk memanfaatkan sepenuhnya BRNN, menguruskan Anugerah Jalan Sutera dengan lebih baik, dan memperkasakan ikatan orang ke orang sesama negara. Para anggota berikrar untuk terus menyemarakkan semangat Jalan Sutera, maju sehaluan sebagai periwayat, penggalak dan pembina Inisiatif Jalur dan Laluan.

Mereka juga menzahirkan tekad untuk menyuburkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat, selain membuat sumbangan baharu yang lebih besar kepada sebuah komuniti manusia yang berkongsi masa depan, bahkan keamanan dan kemakmuran dunia.

Video

Berita Berkaitan