China, Filipina Capai Konsensus Perkukuh Hubungan Dua Hala

(CRI)Rabu 04 November 2026

China dan Filipina bersetuju untuk mengambil sikap bertanggungjawab dalam mengawal perselisihan, menstabilkan situasi dan berusaha memperluas kepentingan bersama.

Kedua-dua negara itu mencapai kata sepakat semasa perbualan telefon antara Menteri Luar China Wang Yi dengan Setiausaha Luar Filipina Ma. Theresa Lazaro pada Selasa.

Antara perkara penting yang dipersetujui dalam perbincangan itu ialah China dan Filipina sepakat untuk mengekalkan dialog diplomatik bagi menjaga hubungan dua hala yang sihat dan mantap selaras dengan kepentingan masing-masing serta aspirasi serantau.

Beijing dan Manila juga akan melakukan yang terbaik untuk menghapuskan pelbagai gangguan dan menolak sebarang tindakan provokasi yang berniat menjejaskan usaha diplomatik kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan