China Bantah Keras Tindakan Negara Lain Mencampuri Soal Taiwan

(CRI)Rabu 11 November 2026

Soal Taiwan ialah urusan dalaman China, dan tidak patut dicampuri kuasa luar.

Perkara itu ditegaskan jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan Dewan NegaraChina, Zhang Han ketika mengulas mengenai topik perbincangan antara China dan Amerika Syarikat (AS) melibatkan Taiwan sempena persidangan APEC, dalam sidang akhbar di Beijing pada Rabu.

Zhang menyatakan bahawaasalkan menolak keras "kemerdekaan Taiwan" dan mengekalkan dasar satu China, barulah keamanan di Selat Taiwan dapat terpelihara.

Beliau menegaskan bahawa Taiwan ialah sebahagian wilayah negara China. Prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS merupakan asas politik bagi hubungan China dan AS.

Tindakan "mewujudkan kemerdekaan dengan sokongan kuasa luar" oleh Parti Progresif Demokratik (DPP) Taiwan hanya akan menjadikan Taiwan peralatan negara tertentu.

Video

Berita Berkaitan