- Lain-lain
PM China Li Qiang Menghadap Raja Thailand Maha Vajiralongkorn

China bersedia bekerjasama dengan Thailand terus menjalinkan hubungan rapat di bawah panduan strategik pemimpin kedua-dua negara, mengembangkan kerjasama dalam pelaburan, inovasi teknologi dan kenderaan elektrik bateri, serta memperdalam pertukaran kebudayaan yang dipercayai kondusif bagi pembangunan sosioekonomi serta peningkatan kesejahteraan rakyatkedua-dua negara.
Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Qiang ketika menghadap Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn di Bangkok pada Sabtu.
Li menyatakan, 'Persaudaraan China-Thailand" adalah corak yang menonjol dalam hubungan bilateral, disokong oleh pencapaian hasil kerjasama yang ketara dalam pelbagai bidang yang substantif, terutamanya dalam konteks situasi antarabangsa yang penuh dengan pergolakan dewasa ini.
"Peningkatan kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Thailand tidak datang dengan mudah di sebalik landskap eknomi global yang lembap," ujar Li.
Sementara itu, Raja Maha Vajiralongkorn menitah, lawatan rasmi PM Li ke Thailand berfaedah bagi pengukuhan persahabatan tradisional Thailand-China dan boleh membantu memperdalam kerjasama kedua-dua negara.
- TAT Lancarkan 'Bulan Persahabatan China-Thailand 2026'
- China-Thailand Keluarkan Kenyataan Bersama, Komited Bina Komuniti Berkongsi Masa Depan yang Makmur
- Zhao Leji Bertemu Perdana Menteri Thailand di Beijing
- China, Thailand Ikrar Perluas Kerjasama dalam Sektor Memuncul
- Pavilion Loceng Persahabatan China-Thailand Dibaik Pulih Dirasmikan
- China, Thailand Komited Perkasa Pertukaran Peringkat Tinggi
- Durian Thailand Laris Dijual di Nanning
- Mesyuarat ketiga Mekanisme Perundingan Menteri Luar China, Thailand Berlangsung di Bangkok
- China, Thailand Komited Perkukuh Koordinasi Strategik
- Menteri Luar Wang Yi Terima Kunjungan Puteri Thailand Sirindhorn




