- Lain-lain
China, Thailand Ikrar Perluas Kerjasama dalam Sektor Memuncul

Usaha perlu dipergiat untuk mempercepat pembinaan landasan kereta api China-Thailand serta kesalinghubungan rel antara China, Laos dengan Thailand, sambil memperluas kerjasama dalam sektor memuncul termasuk kecerdasan buatan (AI), aeroangkasa dan tenaga bersih.
Presiden China Xi Jinping membuat kenyataan itu semasa bertemu Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul di Shanghai pada Jumaat.
Anutin berada di China untuk menghadiri Persidangan Kecerdasan Buatan Sedunia (WAIC) 2026 dan Mesyuarat Peringkat Tinggi mengenai Tadbir Urus AI Global serta melakukan lawatan rasmi.

Dalam pertemuan itu, Xi berkata China dan Thailand perlu terus meningkatkan usaha untuk membanteras jenayah rentas sempadan termasuk perjudian dalam talian dan penipuan telekomunikasi.
Beliau turut menyatakan kesediaan China untuk memainkan peranan konstruktif dalam membantu Thailand dan Kemboja menyelesaikan konflik secara damai.
- Pavilion Loceng Persahabatan China-Thailand Dibaik Pulih Dirasmikan
- China, Thailand Komited Perkasa Pertukaran Peringkat Tinggi
- Durian Thailand Laris Dijual di Nanning
- Mesyuarat ketiga Mekanisme Perundingan Menteri Luar China, Thailand Berlangsung di Bangkok
- China, Thailand Komited Perkukuh Koordinasi Strategik
- Menteri Luar Wang Yi Terima Kunjungan Puteri Thailand Sirindhorn
- Puteri Thailand Sirindhorn Lawat China Mulai Sabtu
- Kedutaan China di Thailand Anjur Majlis Sambutan TBC
- Dialog Trek II China-Kemboja-Thailand Berlangsung di Beijing
- Wang Yi Bertemu Menteri Luar Thailand di Yuxi




