- Lain-lain
Xi Bertemu PM Singapura di Shenzhen, Sepakat Pertingkat Kerjasama Dua Hala

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong di Shenzhen pada Jumaat pagi sempena kehadiran pemimpin itu ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-33.
Dalam pertemuan itu, Xi berkata China dan Singapura merupakan jiran yang baik dan rakan pembangunan penting, manakala kerjasama dan pertukaran dalam pelbagai bidang telah membuahkan hasil yang lumayan, sekali gus membawa manfaat kepada rakyat di kedua-dua negara.

Beliau menegaskan bahawa China dan Singapura harus menjadi rakan pembangunan yang menerajui inovasi, terus memperkasakan pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) berkualiti tinggi, mengendalikan projek kerjasama utama pada tahap tinggi, serta memulakan rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) versi 4.0.
Selain itu, Xi menggesa kedua-dua negara harus mencipta hasil kerjasama ikonik dalam sektor ekonomi digital, pembangunan hijau, dan kecerdasan buatan (AI).
Menurutnya, kedua-dua negara juga harus bertindak sebagai tenaga progresif dalam memelihara keadilan dan kesaksamaan antarabangsa, memperkukuh penyelarasan dalam kerangka pelbagai hala seperti APEC dan China-ASEAN, mengekalkan hala tuju tepat bagi kerjasama Asia Timur, memelihara keamanan serta kestabilan serantau, selain membina bersama Komuniti Asia-Pasifik dan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Sementara itu, Lawrence Wong berkata Singapura amat mementingkan hubungan perkongsiannya dengan China dan bersedia mempertingkat kepercayaan politik bersama, memperkukuh pertukaran lawatan di pelbagai peringkat, serta meluaskan kerjasama dalam bidang perdagangan, rantaian perindustrian dan bekalan, serta AI.
Beliau menekankan bahawa Singapura menyokong konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan dan empat inisiatif global yang digagaskan Presiden Xi, selain bersedia memperkukuh komunikasi dan kerjasama dengan China dalam hal ehwal antarabangsa, bagi menghadapi cabaran global secara bersama.
- Peng, Pasangan Pemimpin Ekonomi APEC Kunjungi Pameran Kebudayaan di Shenzhen
- Xi, Trump Sepakat Rangka Pelan Tindakan Perkukuh Hubungan China-AS
- Presiden Xi: Untuk Lihat 50 Tahun di China, Datang ke Shenzhen
- Setiap Negara Kecil, Ekonomi Pesat Membangun Perlu Dilayan Sama Rata - PM Anwar
- Xi Seru Bina Komuniti Asia Pasifik yang Bersolidariti, Terbuka, Inovatif dan Inklusif
- Xi Seru Anggota APEC Perkukuh Empat Teras Utama Komuniti Asia-Pasifik
- Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-33 Dirasmikan di Shenzhen
- Sidang Kemuncak CEO APEC 2026 Keluarkan Inisiatif Shenzhen, Seru Bina Kemakmuran Bersama di Asia-Pasifik
- Xi Anjur Jamuan Malam di Shenzhen, Sambut Kedatangan Tetamu Yang akan Menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-33
- PM Malaysia Anwar Ibrahim Tiba di Shenzhen




