Penanaman Padi untuk Dua Generasi Berturut-turut Dijayakan di Stesen Angkasa Lepas China

(CRI)Rabu 05 Ogos 2026

Penanaman padi untuk dua generasi berturut-turut telah dijayakan di Stesen Angkasa Lepas China yang dikenali sebagai "Tiangong", dan kru kapal angkasa Shenzhou-23 yang bertugas di "Tiangong" telah menuai sekumpulan padi baharu untuk kegunaan percubaan pada fasa selanjutnya.

Kejayaan China dalam mengendalikan makmal pertama di dunia berhubung penanaman padi untuk dua generasi secara berterusan di orbit stesen angkasa lepas, menandakan satu rantai kitar semula yang lengkap tentang "dari benih ke benih dan ke benih lagi" yang sudah diwujudkan di angkasa lepas.

Dimaklumkan, makmal berkaitan penanaman padi di angkasa lepas ini berkemungkinan menyediakan sokongan teori untuk pengeluaran bijirin di luar bumi, iaitu menghasilkan makanan ruji di angkasa lepas tanpa bergantung pada bekalan logistik dari bumi, dan mewujudkan pengitaran semula secara mandiri, dengan tujuannya menjamin masalah hidup para perintis apabila bertindak menjelajah ruang angkasa lepas yang lebih jauh.

Video

Berita Berkaitan