Trend ‘Hayati Bunga’ Pemangkin Pelancongan China Pulih (2)

Trend ‘Hayati Bunga’ Pemangkin Pelancongan China Pulih
Tulip yang mekar di taman di pusat bandar Xi’an, Shaanxi. (Foto/Chinanews.com)

Sempena musim bunga, semakin ramai pelancong memilih untuk mengunjungi tempat-tempat seperti taman, kebun dan ladang untuk menyaksikan panorama bunga-bungaan, trend yang akhir-akhir ini merangsang sektor pelancongan pulih semakin cepat.

Menurut Yang Bo yang mempunyai hampir sepuluh tahun pengalaman berkecimpung dalam dunia pelancongan, dengan kenaikan suhu kebelakangan ini semakin ramai yang mengatur perjalanan pada hujung minggu. Agensinya telah melancarkan lebih 30 produk baharu tahun ini yang memberi peluang kepada pelancong untuk menghayati pesona bunga. “Setakat ini, kami telah menguruskan 150,000 pelancong, dan kepopularan beberapa laluan malah melebihi tempoh sama tahun 2019.”

Data Ctrip, satu platform perkhidmatan tempahan tiket di China, menunjukkan jumlah tempahan berkenaan meningkat sebanyak 880% pada Februari dan Mac. Antara destinasi paling hangat termasuklah Yunnan, Jiangsu dan Tibet yang kaya dengan sumber flora. Tempahan produk pelancongan bebas domestik meningkat 446%, sementara pelancongan kumpulan meningkat 188%.

Semakin pulihnya sektor pelancongan membawa limpahan positif kepada sektor lain. Banyak kemudahan penginapan habis ditempah di destinasi pelancongan yang hangat.

Pembekal perkhidmatan sewa kereta eHi Car Services mendapati jumlah tempahannya meningkat 40% dalam tempoh cuti Tahun Baharu Cina (TBC) kali ini berbanding tahun lepas. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan