Pendigitalan Pacu Pemodenan Industri Bunga Yunnan

Pendigitalan Pacu Pemodenan Industri Bunga Yunnan
Foto menunjukkan bunga dan pokok berpasu di sebuah rumah hijau di provinsi Yunnan, barat daya China. (People’s Daily Online/Cai Shujing)

Penggunaan rumah hijau pintar, sistem saliran baja dan air, sistem pengurusan digital yang merangkumi segenap proses serta mod penanaman tanpa tanah, menjadikan sebuah syarikat di provinsi Yunnan, barat daya China wadah untuk pengusaha mempamerkan tahap kemodenan industri bunga tempatan.

Rumah hijau yang dikendalikan itu lengkap dengan pencahayaan, suhu, air, udara dan baja yang sesuai, yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok, kata Yao Jianglan, ketua syarikat Yuntianhua Huajiangpu Technology di taman demonstrasi industri bunga yang letaknya di ibu kota provinsi Yunnan, iaitu bandar Kunming.

Sebanyak 36 spesies bunga telah ditanam tanpa menggunakan tanah di taman tersebut. Pengurusan terselaras telah berjaya mempertingkat pengeluaran dan kualiti bunga segar. “Hasil bunga segar bagi setiap mu (666.7 meter persegi) mencecah 40,000 hingga 60,000 kuntum jika menggunakan kaedah penanaman tradisional. Dengan kaedah pengurusan moden, angka ini boleh mencapai 150,000 hingga 170,000 kuntum,” kata Yao.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan