China Umum Hukuman ke atas Organisasi Canang 'Kemerdekaan Taiwan'

(CRI)Isnin 10 April 2023

Pejabat Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China mengumumkan hukuman ke atas dua buah organisasi yang mencanangkan 'kemerdekaan Taiwan'.

Jurucakapnya, Zhu Fenglian berkata di bawah arahan pihak berkuasa Parti Progresif Demokratik (DPP), 'Prospect Foundation' dan 'Council of Asian Liberals and Democrats' Taiwan menggunakan alasan seperti 'demokrasi', 'kebebasan' dan 'kerjasama' untuk menjajakan idea 'kemerdekaan Taiwan' di arena antarabangsa.

Dua organisasi itu bahkan mengampu kuasa anti-China dan mendalang komplotan yang melanggar prinsip satu China.

Justeru, ketua organisasi terbabit dilarang memasuki Tanah Besar serta wilayah pentadbiran khas Hong Kong dan Makau, sementara pertubuhan dan individu di Tanah Besar tidak dibenarkan bekerjasama dengan organisasi berkenaan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan