Tanah Besar Umum Sekatan ke atas Bi-khim Hsiao

(CRI)Isnin 10 April 2023

Jurucakap Pejabat Kerja Taiwan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengumumkan sekatan ke atas pemisah nekad 'kemerdekaan Taiwan' Bi-khim Hsiao.

Jurucakap itu berkata, Hsiao sengaja menghasut konfrontasi dan menjejaskan keamanan rentas selat dengan sokongan Amerika Syarikat (AS).

Di bawah sekatan itu, Hsiao dan anggota keluarganya dilarang memasuki Tanah Besar serta wilayah pentadbiran khas Hong Kong dan Makau.

Sementara itu, penaja Hsiao dan perusahaan berkaitan dilarang menjalankan kerjasama dengan sebarang organisasi atau individu di Tanah Besar.

“Sejarah telah dan akan terus membuktikan bahawa cubaan 'kemerdekaan Taiwan' nescaya menemui jalan buntu, dan tindakan provokatif pemisah pasti akan gagal,” kata jurucakap itu semasa sesi taklimat di Beijing Jumaat lalu.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan