Pesta Songkran Disambut Meriah di Yunnan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 13 April 2023
Pesta Songkran Disambut Meriah di Yunnan
Pesta Songkran disambut meriah di Mangshi, Yunnan.

Pada 12 April, sempena Pesta Songkran yang juga dikenali sebagai pesta air, beberapa bandar di Yunnan menyaksikan orang ramai menyimbah air bagi mendoakan kebahagiaan satu sama lain.

Antara etnik minoriti China yang meraikan Pesta Songkran termasuk etnik Dai, etnik Achang, etnik Bulang, etnik Wa dan etnik De’ang yang juga menganggapnya sebagai pesta tradisional paling penting setiap tahun. Pada pertengahan April, mereka akan menyambut Pesta Songkran dengan aktiviti menyimbah air, bersembahyang, lumba perahu naga, bermain mercun dan melepaskan tanglung Kongming.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan