Kisah Hadiah kepada Xi: Gambar 8 Jet JF-17 Thunder Iringi Pesawat Xi Simbol Persahabatan China-Pakistan

Antara hadiah diterima Presiden China Xi Jinping, terdapat satu gambar pesawat dicat bendera negara China diiringi 8 jet pejuang JF-17 Thunder dari kedua belah. Demikianlah sambutan tertinggi dari Pakistan ketika Xi membuat lawatan ke negara itu pada April 2015.

Gambar 8 jet pejuang JF-17 Thunder menjalankan tugas pengiring yang dihadiahkan kepada Presiden Xi Jinping pada April 2015. (Foto/Hu Yang)

Gambar 8 jet pejuang JF-17 Thunder menjalankan tugas pengiring yang dihadiahkan kepada Presiden Xi Jinping pada April 2015. (Foto/Hu Yang)

Sebab Pakistan memilih 8 jet pejuang JF-17 Thunder untuk menjalankan tugas itu adalah kerana pesawat berkenaan merupakan hasil kerjasama dengan China. Dalam tempoh 1990an, Pakistan aktif berinteraksi dengan China dan menyuarakan keinginan untuk bekerjasama untuk mereka bentuk dan menghasilkan jet pejuang canggih. Pada tahun 2003, jet JF-17 Thunder yang juga hasil titik peluh kedua-dua negara berjaya melakukan penerbangan sulungnya. Disebabkan prestasi yang cemerlang serta sumbangan yang besar dalam menjaga keselamatan negara Pakistan, ia digelar sebagai “Projek Kerjasama China-Pakistan yang Paling Berjaya”.

Menjalankan tugas pengiring dengan Jet Pejuang JF-17 Thunder adalah cara terbaik bagi tentera Pakistan untuk menunjukkan rasa hormat kepada pemimpin China, demikian ulas salah seorang juruterbang yang terlibat dalam tugas itu.

Presiden Xi Jinping memberi ucapan di Parlimen Pakistan pada 21 Aprill 2015. (Xinhua/Yao Dawei)

Presiden Xi Jinping memberi ucapan di Parlimen Pakistan pada 21 Aprill 2015. (Xinhua/Yao Dawei)

Dalam lawatan tersebut, kedua-dua negara memutuskan untuk meningkatkan lagi hubungan kepada perkongsian strategik sepanjang masa. “Sepanjang masa” membawa maksud kedua-dua pihak akan bergandingan melangkah ke hadapan tanpa menghiraukan apa jua keadaan. Hubungan bilateral seperti ini cukup luar biasa biarpun di peringkat global. Kata Xi kepada Presiden Pakistan semasa, Shehbaz Sharif, “Persahabatan China-Pakistan telah menjadi khazanah penting milik rakyat kedua-dua negara, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk mewariskan serta mengembangkannya dengan sebaiknya.”

Gaya Hidup

Berita Berkaitan