SIFF Tumpu kepada Kepelbagaian Kebudayaan Asia

(CRI)Isnin 19 Jun 2023

Upacara penganugerahan Asia Golden Goblet bagi kategori tenaga insan baharu semasa Pesta Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) ke-25 diadakan Khamis lalu. Sebagai wahana penganugerahan yang terkenal di rantau Asia untuk tenaga baharu perfileman, SIFF menubuhkan Anugerah Asia Golden Goblet bagi kategori tenaga insan baharu sejak 2004 dan sentiasa mencungkil bakat pengarah baharu dari pelbagai negara dan kawasan Asia, di samping meningkatkan kepelbagaian dalam merancakkan kebudayaan perfileman Asia.

Filem "Sunday" hasilan Uzbekistan memenangi Anugerah FilemTerbaik. Aisultan Seit dari Kazakhstan dan Luo Dong dari China bersama-sama menjadi pemenang Anugerah Pengarah Terbaik dengan karya filem masing-masing, "Qash" dan "May". Yue Hao yang beraksi dalam filem China "Day Dreaming" dan Sorour Peyrovani yang beraksi dalam filem Iran "1.5 Horsepower" masing-masing dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik. Chen Xiaoyu dair China meraih Anugerah Penulis Skrip terbaik melalui karya filem arahannya, "Gone With the Boat". Davood Malek Hosseini dari Iran menjadi pemilik Anugerah Jurukamera Terbaik dengan karyanya "Cause of Death: Unknown".

Gaya Hidup

Berita Berkaitan