"Pantai Garam dan Air Zamrud" di Gurun Gobi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 14 Julai 2023
Pantai garam dan air hijau Tasik Zamrud. (foto: Song Zhongyong/People.cn)

Tasik Zamrud yang terletak di bandar Mangya, daerah Haixi, mempunyai keluasan kira-kira 26 kilometer persegi. Mangya atau nama lainnya Mangnai, bandar paling barat di lembangan Qaidam, dikenali sebagai "bandar paling sunyi di China" kerana jaraknya lebih 1,200 kilometer dari Xining, ibu kota provinsi Qinghai. Malah, dalam lingkungan lebih kurang 300 kilometer di sekeliling Mangya, tiada satu pun bandar.

"Mangya dahulunya satu kawasan perlombongan syarikat. Dalam tempoh dua tahun yang lalu, pelancong memandu sendiri datang ke sini, dan berkongsi foto dan video pendek di media sosial. Tasik Zamrud serta merta menjadi popular, dan lebih banyak lagi pelancong yang datang," kata Zhao Yikun, petugas yang bertanggungjawab menjaga kawasan peranginan Tasik Zamrud.

Permukaan Tasik Zamrud seperti batu permata zamrud hijau, bersinar dengan menawan sekali, dan telah menjadi "tempat wajib" dalam itinerari kebanyakan pelancong. Bandar Mangya juga bersungguh-sungguh meneroka idea baharu untuk ekopelancongan, mengubah mod ekonomi bandar daripada bergantung sepenuhnya kepada sumber mineral kepada model pembangunan bersepadu "pelancongan+".

Gaya Hidup

Berita Berkaitan