China Komited Promosi Kerjasama BRI

(CRI)Jumaat 04 Ogos 2023

Jumlah Perdagangan antara China dengan Itali menokok 42 peratus dalam tempoh lima tahun lalu dan merekodkan kira-kira USD80 bilion pada 2022.

Dalam pada itu, Itali menjadi negara hormat dalam Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) dan Pameran Barang Penggunaan Antarabangsa China (CICGF) yang membawa banyak produk buatan Itali ke pasaran China.

Sementara itu, kedua-dua negara bersama-sama membina kapal persiaran besar, dan mengadakan kerjasama di pasaran pihak ketiga. Itali telah menjadi destinasi pelancongan yang paling popular bagi pelancong China di Eropah. Pada masa sama, banyak persembahan kesenian Itali mendapat sambutan baik di China.

Jurucakap Kementerian Luar China berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan tentang Itali memikirkan untuk tidak menyambungkan lagi dokumen kerjasama inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Jurucakap itu berkata, segelintir kekuatan mempunyai niat jahat, mempolitikkan pertukaran kebudayaan serta kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan Itali di bawah rangka kerjasama BRI, mengganggu kerjasama dan membuat perpecahan.

"Dalam tempoh 10 tahun sejak China mengemukakan BRI, lebih 150 negara dan lebih 30 pertubuhan antarabangsa telah menandatangani lebih 200 dokumen kerjasama dengan China, melahirkan lebih 3,000 projek kerjasama yang turut menyediakan 420 ribu peluang kerja kepada rakyat di negara-negara berkaitan," katanya.

Menurut statistik Bank Dunia (WB), kerjasama BRI akan membantu kira-kira 40 juta orang di dunia mengatasi kemiskinan.

"China bersedia bersama-sama dengan negara-negara berkaitan agar mendorong pembangunan berkualiti tinggi BRI, memberikan sumbangan lebih besar untuk pembangunan mampan global dan pertukaran antara pelbagai tamadun," kata jurucakap itu.

Video

Berita Berkaitan