Cendawan Ganoderma Gergasi Ditemui di Yunnan

Cendawan Ganoderma Gergasi Ditemui di Yunnan
Para peserta mengangkat Ganoderma lucidum untuk menyertai Pertandingan Pemilihan Raja Cendawan. (foto: Li Faxing/People's Daily Online)

Pada 3 Ogos, Pertandingan Pemilihan Raja Cendawan diadakan di kaunti Nanhua, daerah autonomi Yi Chuxiong, di provinsi Yunnan yang bergelar "kampung halaman cendawan liar China". Pertandingan itu sempena Festival Budaya Makanan Cendawan Liar ke-20 yang berlangsung di sana.

Penyertaan tiga spesimen cendawan jenis Ganoderma lucidum yang sebesar payung menarik perhatian semua.

Selepas pemilihan, spesimen dengan diameter 88 sentimeter dan berat 9.35 kilogram dinobatkan sebagai "raja cendawan" dan akhirnya dilelong pada harga 15,000 yuan (kira-kira 9,959 ringgit)

Menurut laporan, cendawan Ganoderma lucidum ini dipetik oleh penduduk di pergunungan, dan dianggarkan telah tumbuh selama 15 hingga 20 tahun.

Video

Berita Berkaitan