Media China-Afrika Tingkatkan Kerjasama, Saling Belajar

(CRI)Selasa 15 Ogos 2023

Forum Kerjasama Media 'Our African Partner' 2023 anjuran bersama China Media Group (CMG) dan African Union of Broadcasting (AUB) diadakan di Nairobi, Kenya pada Isnin.

Bertemakan "Meningkatkan komunikasi antara tamadun China dan Afrika, mempromosi komuniti berkongsi nasib China-Afrika pada era baharu", forum tersebut berjaya menarik penyertaan lebih seratus pemimpin agensi media, sarjana dan wakil syarikat dari China dan 27 negara Afrika.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan China, Hu Heping dalam ucapannya berkata, objektif forum itu adalah untuk mengintensifkan bidang-bidang kerjasama kedua-dua pihak, yang juga membawa makna besar bagi pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Afrika.

Presiden CMG, Shen Haixiong ketika menyampaikan ucapan menerusi video mengesyorkan media China dan Afrika agar meningkatkan kolaborasi supaya membolehkan dunia lebih mengenali China dan Afrika dari perspektif objektif.

Beliau turut beriltizam untuk bersama dengan rakan Afrika bagi menggalakkan pelaksanaan tiga inisiatif yang dicadangkan Presiden Xi Jinping, iaitu Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI).

Pada akhir forum, satu deklarasi bersama turut dikeluarkan dengan beberapa cadangan dikemukakan.

Difahamkan, ia adalah termasuk meningkatkan kerjasama media serta perpaduan dan penyelarasan untuk memelihara keadilan, selain berpegang teguh kepada inovasi dan memantapkan kemampuan penguasaan teknologi canggih.

Video

Berita Berkaitan