Pembinaan Taman Negara Kondusif bagi Perlindungan Alam

(CRI)Isnin 21 Ogos 2023

Menurut makluman dari Forum Taman Negara ke-2 yang diadakan di bandar Xining, provinsi Qinghai pada Sabtu lalu, lima taman negara yang beroperasi sebagai kumpulan pertama terbukti kondusif bagi perlindungan ekologi di negara ini yang sudah menyaksikan tercapainya kemajuan yang memberangsangkan.

China secara rasminya mengumumkan penubuhan lima taman negara yang beroperasi sebagai kumpulan pertama pada bulan Oktober tahun 2021. Dalam tempoh dua tahun lalu, sistem dan fungsi ekologi di lima taman negara itu didapati membaik terus.

Misalnya, skim perlindungan terhadap kawasan punca sungai Yangtze, sungai Kuning dan sungai Lancang dapat dilaksanakan secara menyeluruh di Taman Negara Sanjiangyuan.

Lebih 70% panda liar berada dalam keadaan terlindung dan ketersambungan sudah diwujudkan di sebanyak 13 kawasan habitat panda yang berbentuk koridor di Taman Negara Panda.

Di Taman Negara Harimau Siberia dan Harimau Bintang, jumlah harimau meningkat ke lebih 50 ekor dan harimau bintang lebih 60 ekor.

Di Taman Negara Hutan Hujan Tropika Hainan, jumlah kelompok ungka didapati pulih terus sehingga meningkat kepada enam dengan anggotanya 37 ekor.

Di Taman Negara Wuyi, sebanyak 17 spesies baharu dilaporkan sudah dikesan baru-baru ini.

Naib Ketua Biro Perhutanan dan Padang Rumput Negara, Yan Zhen menyatakan bahawa terdapat lagi 17 buah kawasan yang sudah ditetapkan sebagai calon taman negara baharu, dan kerja pembinaan yang terbabit sedang dijalankan dengan aktif dan teratur.

Video

Berita Berkaitan