Gadis Etnik Miao Guna Perhiasan Perak, Buat "Langit Bintang"

(CRI)Isnin 12 Jun 2023

Daerah Autonomi Dong dan Miao yang terletak di provinsi Guizhou diberi jolokan sebagai 'kota aksesori perak' kerana seni dan budaya yang unik di sana.

Pan Xue merupakan seorang pewaris warisan budaya tidak ketara dalam teknik pembuatan aksesori perak.

Mempunyai cita-cita untuk menyambung pewarisan teknik pembuatan aksesori perak, Pan Xue pulang ke kampung selepas menamatkan pengajian di universiti dan menjadi seorang tukang perak.

Masa demi masa, Pan gigih menghasilkan lebih banyak produk aksesori perak moden, termasuk anting-anting tradsional Miao, dan subang kreatif.

Pada masa sama, dia turut aktif berkongsi cerita berkaitan tukang perak melalui Internet supaya lebih banyak orang mengetahui keindahan seni tradisonal itu.

Lama-kelamaan, Pan Xue memperolehi semakin banyak pesanan dan semakin dikenali pengguna di negara ini.

Dalam Gala Malam Gembira Tahun Baharu China CMG 2022, apabila anak perempuan angkasawan Wang Yaping menzahirkan permintaan kepada ibu untuk "membawa pulang bintang dari angkasa", Pan Xue segera mendapat ilham untuk menghasilkan produk aksesori yang bercorak bintang perak yang bertaburan di langit.

"Produk aksesori kami digemari ramai orang, dan begitu juga dengan kesenian serta budaya etnik Miao."

"Ini merupakan penggalak bagi saya untuk mewariskan budaya tidak ketara secara konsisten," ujar Pan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan