Yang Yuni: Dorong Budaya Tani Etnik Hani ke Pentas Dunia

(CRI)Rabu 15 Mac 2023

Ahli Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Yang Yuni merupakan Pengetua bagi sebuah pusat pewarisan kesenian di kaunti Honghe, daerah autonomi Honghe yang berpenduduk etnik Yi dan Hani, provinsi Yunnan, barat daya China.

Pada CPPCC tahun ini, beliau mengemukakan satu cadangan iaitu menyeru agar kebudayaan pertanian etnik Hani terus diterokai secara mendalam supaya menyediakan "pengalaman China" bagi penerokaan, pemeliharaan, penggunaan dan pewarisan warisan dunia sektor pertanian yang serupa.

Ladang Teres Hani Honghe merupakan "warisan campuran"Warisan Budaya Dunia dan Warisan Pertanian Penting Global yang jarang ditemui di tempat lain di China. Selain itu, terdapat pelbagai nyanyian dan tarian rakyat dalam kebudayaan pertanian etnik Hani yang sudah disenaraikan Warisan Budaya Tidak Ketara peringkat negara.

Sebagai warga pendidik yang menceburi pewarisan kebudayaan ladang teres Hani, Yang Yuni menyedari pendidikan terhadap kanak-kanak perlu dijadikan satu keutamaan dalam pewarisan kebudayaan. Oleh itu, beliau menubuhkan pusat tersebut untuk mengajar nyanyian dan tarian etnik Hani. Di samping itu, beliau juga memberi latihan kebajikan di sekolah tertentu secara berkala.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan