Operasi Laluan Kereta Api China-Laos Genap Setahun

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 15 April 2024

Zhang Sheping, konsul general China di Luang Prabang menghadiri upacara tempatan sempena ulang tahun pertama pada 13 April. (Foto China Daily)

Zhang Sheping, konsul general China di Luang Prabang menghadiri upacara tempatan sempena ulang tahun pertama pada 13 April. (foto/China Daily)

Kedua-dua seksyen perkhidmatan penumpang antarabangsa China dan Laos telah menambah sepasang lagi tren pada 13 April, iaitu hari ulang tahun pertama pelancaran perkhidmatan laluan kereta api rentas sempadan China-Laos.

Difahamkan, tren tambahan baharu tersebut akan melalui antara Xishuangbanna, iaitu paling selatan di provinsi Yunnan, China, dan bandar Luang Prabang di utara Laos, dengan kedua-dua tempat tersebut merupakan kawasan yang popular bagi kedatangan pelancong.

Menurut Syarikat Kumpulan Kereta Api Negara China, tren tambahan tersebut akan beroperasi empat hari seminggu iaitu pada Isnin, Jumaat, Sabtu dan Ahad, dengan tiket boleh didapati secara fizikal dan dalam talian.

Tambah kenyataan tersebut, kesemua perjalanan meliputi enam stesen dan akan mengambil masa sekitar lima jam, sekali gus memudahkan penumpang membuat perjalanan ulang-alik pada hari yang sama.

Sebagai projek mercu tanda berkualiti tinggi di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Laluan Kereta Api China-Laos yang sepanjang 1,035 kilometer itu memulakan perkhidmatan penumpang antarabangsa pada 13 April tahun lalu.

Dalam tempoh setahun sahaja, lebih 180,000 penumpang rentas sempadan telah menggunakan laluan kereta api tersebut yang meliputi penumpang dari 87 negara dan wilayah.

Wakil rasmi pintu masuk Mohan di sempadan China-Laos di barat daya Yunnan berkata, sehingga kini, sejumlah 738 tren penumpang antarabangsa telah menggunakan laluan kereta api itu, sekali gus memudahkan aktiviti keluar masuk 183,000 penumpang.

Video

Berita Berkaitan