Hari Warisan Dunia: 10 Tempat Arkeologi di China yang Wajib Dilawati

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 18 April 2024

1. Taman Runtuhan Istana Musim Panas Lama, Beijing

Sebagai pusat peranginan diraja bagi Dinasti Qing, Taman Yuanmingyuan atau Istana Musim Panas Lama telah dianggap secara meluas sebagai kemuncak seni berkebun China. Ia kemudian dibakar habis-habisan oleh tentera Anglo-Perancis pada 1860.

Mula dibina pada 1707, bekas taman empayar tersebut merangkumi sekitar 350 hektar di barat laut Beijing serta menyaksikan pemerintahan enam maharaja.

Pada 2010, ia menjadi taman arkeologi negara pertama dalam senarai Pentadbiran Warisan Budaya Kebangsaan.

Video

Berita Berkaitan