AS Digesa Patuhi Peraturan Perdagangan Antarabangsa, Hormati Hak Pembangunan Negara Lain

(CRI)Rabu 21 Mei 2025

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mengeluarkan garis panduan dalam cubaan untuk melarang penggunaan cip keluaran China termasuk cip Huawei Ascend di seluruh dunia dengan alasan kononnya melanggar kawalan eksport AS.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China menyatakan tindakan AS tersebut adalah tindakan buli dan amalan perlindungan yang tipikal, serta diskriminasi terhadap syarikat China.

Tindakan itu juga menjejaskan kestabilan rantaian bekalan semikonduktor global, serta menceroboh hak negara lain untuk membangunkan industri berteknologi tinggi seperti cip dan kecerdasan buatan (AI).

Ujarnya, mana-mana organisasi atau individu yang melaksanakan atau membantu pelaksanaan langkah AS tersebut disyaki melanggar Undang-undang Anti-Sekatan Asing Republik Rakyat China dan akan dihadapkan ke muka pengadilan.

Jurucakap itu berkata, pembangunan inovatif dan kerjasama menang-menang adalah trend perkembangan zaman.

China menggesa AS segera membetulkan tindakan yang salah itu, mematuhi peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa serta menghormati hak negara lain untuk membangunkan sains dan teknologi.

Video

Berita Berkaitan