- Lain-lain
Syarikat di Hefei Bina ‘Lebuh Raya Udara’, Percepat Penghantaran Barangan, Bekalan Perubatan
Sekitar tengah hari pada 14 Mei, sebuah dron mendarat di taman perindustrian di daerah Baohe, Hefei, Provinsi Anhui di timur China, menghantar kopi dari pusat beli-belah sejauh 3 kilometer. Ia tiba dalam keadaan yang masih sejuk dan menyegarkan.
"Laluan itu dibuka dua bulan lalu. Ia merupakan laluan dron kami yang ke-80 beroperasi secara tetap di Hefei," kata Su Ruixia, timbalan pengurus besar Syarikat Hefei Songba Feihe Low Altitude Logistics, iaitu anak syarikat pengeluar dron Antwork Technology.
Sejak melancarkan operasi pada Februari 2024, syarikat itu telah mewujudkan hampir 100 laluan dron di seluruh bandar.
Dron penghantaran dari Syarikat Hefei Songba Feihe Low Altitude Logistics bersedia untuk mendarat. (People’s Daily Online/Miao Zijian)
Pada Februari 2024, Antwork Technology menubuhkan pusat operasi kebangsaannya di daerah Baohe, Hefei. Bulan yang berikutnya, laluan dron penghantaran darah pertama di bandar itu dilancarkan, bersama-bersama dengan enam keperluan perubatan kecemasan bantuan seperti darah, ubat, sampel makmal dan bekalan perubatan.
"Dron itu terbang pada paras 100 meter dan meliputi kira-kira 1 kilometer seminit," jelas Su.
Jelas beliau, sekiranya dibandingkan dengan kaedah tradisional, dron mengurangkan masa penghantaran hingga lebih separuh, sekali gus menjamin respons yang lebih pantas untuk bekalan hospital yang mendesak.
Pada awal pagi Julai lalu, seorang wanita yang menjalani pembedahan di hospital Hefei mengalami pendarahan parah dan memerlukan bekalan darah yang banyak dengan segera. Dalam masa dua jam, dron membuat lapan perjalanan pergi dan balik, terbang sejauh kira-kira 170 kilometer dan menghantar lebih 10,000 mililiter darah.
Sebuah dron bersedia untuk mendarat di pusat darah di Hefei, Provinsi Anhui di timur China. (People’s Daily Online/Tao Wei)
"Sejak laluan penghantaran dilancarkan, penerbangan dron perubatan harian telah berkembang daripada dua kepada tiga, dan kini melebihi 100. Kami telah membuka hampir 100 laluan dan membina hampir 40 hab dron," kata Su.
Di sebalik laluan penghantaran dron adalah sekumpulan pengendali dron.
"Setiap pengendali memantau sehingga lapan dron yang terbang di bandar berbeza," kata Zhang Yuxin, 23, pengendali dron di pusat operasi kebangsaan Syarikat Hefei Songba Feihe Low Altitude Logistics. Di pusat pemantauan, juruterbang seperti Zhang menyelia operasi dron di lebih 30 bandar, secara tidak langsung memastikan ‘lebuh raya udara’ beroperasi dengan lancar dan selamat.
- Buluh, Potensinya Tak Terhingga
- Pembinaan Ditangguh untuk Lindung Burung Botak Putih
- Hefei Bina Kluster Perusahaan Teknologi Kuantum yang Kuat
- Pekan di Anhui Dorong Pemulihan Semula Luar Menerusi Industri Teh
- Kebun Teh Purba di Anhui Gabung Elemen Tradisi, Pelancongan
- Dangshan, Syurga Bunga Pear
- Makan Snek Hanzi!
- Xi Adakan Tinjauan di Provinsi Anhui
- Tanglung Ikan Terangi Pergunungan
- Pembuat Piza dari Amerika Gabungkan Unsur Timur dan Barat di Huangshan