Segala Rundingan untuk CAFTA Versi 3.0 Berakhir

(CRI)Jumaat 30 Mei 2025

Berakhirnya segala rundingan tentang Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) versi 3.0, dan berkuatkuasanya pada masa yang akan datang, kondusif bagi mendorong pembentukan pasaran ultra besar China-ASEAN, sekaligus menyumbang kepada kestabilan perdagangan dalam senario serantau dan global.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Perdagangan China, He Yongqian dalam sidang media di sini pada Khamis.

Menurut beliau, Menteri Perdagangan dari China dan 10 negara anggota ASEAN telah mengumumkan segala rundingan berkenaan sudah dinoktahkan baru-baru ini, menandakan satu pencapaian signifikan melalui usaha gigih selama lebih dua tahun.

CAFTA versi 3.0 yang merangkumi 9 bab tambahan, termasuk ekonomi digital, ekonomi hijau, rantaian pembekalan dan kesalinghubungan, peraturan teknologi standard dan prosedur penilaian kelayakan itu, berfaedah bagi memperluas kerjasama dalam ekonomi baharu melibatkan kuasa produktif kualiti baharu, meningkatkan ketersambungan rantaian pengeluaran dan pembekalan antara kedua-dua pihak, dan mendorong pembentukan satu pasaran yang ultra besar.

"Dewasa ini, terdapat suatu negara yang mengamalkan unilateralisme dan perlindungan perdagangan secara sewenang-wenangnya sehingga membawa cabaran besar terhadap landskap ekonomi dan perdagangan di peringkat global."

"CAFTA versi 3.0 akan memperkukuh keyakinan untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi serantau dan antarabangsa, di samping meneladani negara di luar blok ini dengan mempertahankan keterbukaan, keterangkuman dan kolaborasi yang menang-menang," kata He lagi.

Video

Berita Berkaitan