China Laksana Dasar Pengecualian Visa untuk Lima Lagi Negara

(CRI)Ahad 01 Jun 2025

China melaksanakan dasar pengecualian visa 30 hari secara percubaan bagi pemegang pasport biasa dari Brazil, Argentina, Chile, Peru dan Uruguay mulai 1 Jun 2025 hingga 31 Mei 2026.

Ini merupakan kali pertama dasar pengecualian visa China diperluas ke negara-negara Amerika Latin dan Caribbean.

Setakat ini, sejumlah 43 negara menikmati dasar pengecualian visa sepihak yang ditawarkan kerajaan China.

Video

Berita Berkaitan