Pelancong Antarabangsa Dorong Lonjakan Beli-belah di China

Foto para pelancong di Temple of Heaven di Beijing, ibu kota China pada 2 Mei 2024. (Xinhua/Ju Huanzong)

Foto para pelancong di Temple of Heaven di Beijing, ibu kota China pada 2 Mei 2024. (Xinhua/Ju Huanzong)

Dasar-dasar yang menggalakkan seperti transit bebas visa dan sistem pemulangan cukai segera di serata negara dilihat telah membantu China menjadi destinasi popular bagi pengembara antarabangsa, di samping permintaan kuat terhadap produk ‘Buatan China’.

Pada 23 April, seorang pelancong dari Amerika Syarikat melihat-lihat dron di kedai DJI di dalam pusat beli-belah SKP Beijing. Untuk rekod, ia merupakan lawatannya yang kedua di China.

Ketika membandingkan pengalaman pada tujuh tahun yang lalu, pelancong tersebut berkongsikan bahawa proses pemulangan cukai tidak semudah sekarang, selain turut menambah bahawa sistem tersebut membuatkan aktiviti beli-belah di China semakin senang, sekali gus mendorong minatnya untuk berbelanja lebih banyak.

Pakar berpendapat bahawa dasar-dasar seumpama telah menambah minat untuk membeli-belah dalam kalangan pelancong asing.

Mereka berkata turut berpandangan bahawa dengan memperkenalkan lebih banyak insentif, menaik taraf tawaran kebudayaan dan pelancongan serta menambah baik perkhidmatan pengguna akan menarik lebih ramai lagi pelancongan antarabangsa.

Peluasan dasar bebas visa China telah menyaksikan penambahan sebanyak sembilan lagi negara pada November 2024. Pada Disember lalu, negara itu memperpanjang keizinan untuk pengembara transit secara bebas visa daripada 72 atau 144 jam kepada 240 jam, dan menambah jumlah pintu keluar masuk untuk pengembara bebas visa kepada 60.

Menjelang penghujung 2024, China dan 25 negara saling mengecualikan visa secara komprehensif, selain melaksanakan dasar bebas visa unilateral untuk 38 negara.

Menurut Pentadbiran Imigresen Kebangsaan China, hampir 10.9 juta perjalanan keluar masuk telah dilakukan oleh warga asing dan tempatan semasa tempoh cuti panjang sempena Hari Buruh baru-baru ini.

Daripada jumlah tersebut, lebih 1.1 juta dilakukan oleh warga asing, iaitu kenaikan sebanyak 43.1 peratus dari tahun ke tahun. Pada masa sama, sejumlah 380,000 perjalanan warga asing ke China dibuat di bawah dasar pelancongan bebas visa, iaitu peningkatan sebanyak 72.7 peratus dari tahun ke tahun.

Di laman media sosial, minat untuk melancong ke China terus meningkat, apabila kata carian seperti ‘China Travel’ kekal popular. Ledakan pelancongan juga mendorong peningkatan mendadak dalam perbelanjaan. Semasa tiga hari pertama cuti Hari Buruh, platform pembayaran mudah alih utama di China iaitu AliPay melaporkan bahawa perbelanjaan oleh pelancong antarabangsa meningkat 180 peratus tahun ke tahun.

“Dasar visa yang dilonggarkan telah meningkatkan minat pelancong antarabangsa dengan ketara untuk melawat China,” kata Zhao Yonghua, seorang penyelidik kanan di Fakulti Pengajian Global dan Kawasan di Universiti Renmin China.

Sejak 8 April, pengembara antarabangsa telah dapat menerima bayaran balik cukai terus di tempat pembelian di China.

“Ramai lagi pelancong antarabangsa membeli-belah di sini sekarang, dengan dron dan kamera aksi sangat popular,” kata seorang kakitangan di kedai DJI di pusat beli-belah SKP Beijing.

Sebagai salah satu peruncit pertama di Beijing yang melaksanakan kedua-dua model bayaran balik semasa berlepas dan bayaran balik selepas pembelian, bilangan pembeli yang menuntut bayaran balik cukai di pusat beli-belah itu meningkat 104 peratus pada 2024 berbanding 2023.

Kualiti tinggi produk buatan China adalah sebab utama pelancong antarabangsa menikmati membeli-belah di China.

Video

Berita Berkaitan