- Lain-lain
Jangan Samakan Isu Taiwan dengan Krisis di Ukraine - Jurucakap MFA
![]() |
Taiwan merupakan bahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada wilayah China.
Isu Taiwan merupakan urusan dalaman China dan tidak boleh dibandingkan sama sekali dengan krisis di Ukraine.
Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang media pada Rabu sebagai respons terhadap kenyataan beberapa pemimpin Eropah ketika Dialog Shangri-La baru-baru ini yang menyamakan isu Taiwan dengan isu Ukraine, membayangkan ancaman daripada China berkaitan isu Laut China Selatan (LCS) dan mencadangkan bahawa NATO mempunyai alasan untuk campur tangan di rantau Asia-Pasifik.
Lin Jian berkata, China tegas menentang sebarang kenyataan dan tindakan yang cuba mengelirukan atau memutarbelitkan isu Taiwan.
“China menggesa pihak-pihak yang berkenaan untuk berpegang kepada prinsip Satu-China dengan tindakan praktikal serta menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah China,” katanya.
Beliau berkata, situasi semasa di LCS secara umumnya stabil, dan tidak timbul isu mengenai kebebasan pelayaran dan penerbangan selaras dengan undang-undang antarabangsa.
“China sentiasa komited dalam menyelesaikan konflik maritim melalui rundingan dan perbincangan dengan negara-negara yang terlibat secara langsung berdasarkan sikap menghormati fakta sejarah.
“Negara-negara luar rantau perlu menghormati usaha negara-negara di rantau ini untuk memelihara keamanan dan kestabilan di LCS, bukannya bertindak mencetuskan ketegangan dan pertikaian,” katanya lagi.
- Tindakan "Bermuka Dua" Pemimpin Taiwan Sudah Lapuk
- China Tolak Penglibatan Taiwan dalam WHA ke-78
- Kuasa Pembelot "Kemerdekan Taiwan" Hidup Dibayangi Latihan Tentera
- Latihan PLA Amaran terhadap Provokasi Kem Lai Ching-te
- China Beri Amaran Tegas kepada Pihak Bersekongkol Isu "Kemerdekaan Taiwan"
- Lai Ching-te, Perosak Kedamaian dan Pencetus Krisis Selat Taiwan
- "Taiwan, Provinsi dari China", Tercatat dalam Dokumen PBB
- AS Digesa Hentikan Tindakan Yang Jejaskan Kedamaian di Selat Taiwan
- China Gesa AS Betulkan Kesalahannya Berhubung Isu Taiwan
- China Menentang Provokasi Kapal Perang Kanada di Selat Taiwan