Alami Pesona Semula Jadi Yunnan

Alami Pesona Semula Jadi Yunnan
Kabut dan pelangi kelihatan di Gunung Cangshan selepas hujan. (Foto/ Wang Changzong)

Pada pagi 2 Jun, hujan yang membasahi kawasan autonomi Bai Dali di provinsi Yunnan, barat daya China, menyerlahkan panorama cukup mempesona di Gunung Cangshan dan Tasik Erhai. Dilihat dari udara, kabut tebal membaluti gunung sementara air tasik kelihatan tenang bak permukaan kaca. Landskap nan menghijau memagari pinggir air, pelangi melengkung bulat di atas gunung... terabadinya keindahan semula jadi kawasan ini dalam suatu pemandangan yang menakjubkan.

Gunung Cangshan dibaluti kabut selepas hujan. (Foto/ Wang Changzong)
Foto menunjukkan Tasik Erhai selepas hujan. (Foto/ Wang Changzong)
Foto menunjukkan Tasik Erhai selepas hujan. (Foto/ Wang Changzong)
Kampung-kampung terbentang damai sepanjang tebing Tasik Erhai selepas hujan. (Foto/ Wang Changzong)
Foto menunjukkan Tiga Pagoda Kuil Chongsheng di kaki Gunung Cangshan selepas hujan. (Foto/Wang Changzong)

Video

Berita Berkaitan