- Lain-lain
Bunga Keratan Segar Lonjak Pendapatan Pekebun di Yunnan
![]() |
Seorang pekebun memetik bunga di sebuah taman industri bunga moden di bandar Lijiang, Provinsi Yunnan, barat daya China. (People’s Daily Onine/Yin Xin) |
Para pekebun di sebuah taman industri bunga moden di bandar Lijiang, Provinsi Yunnan, barat daya China sedang sibuk memetik, mengisih dan membungkus bunga mawar ketika ini, yang juga musim kemuncak bunga itu bermekaran.
Barisan demi barisan bunga di seluruh taman itu menghasilkan satu industri pesat bertumbuh yang turut menyaksikan transformasi buat ekonomi setempat.
Untuk rekod, Lijiang terletak pada ketinggian 2,300 meter, dan faktor seperti jumlah limpahan cahaya matahari selama 2,400 jam setahun, perubahan suhu setiap musim yang sederhana, jurang suhu siang dan malam yang besar, serta perbezaan musim kering dan basah secara tidak langsung menjadikan ia kawasan yang sangat sesuai untuk menanam bunga mawar keratan segar.
Pada tahun-tahun mutakhir ini, daerah Gucheng di Lijiang telah mengamalkan sebuah model yang menggabungkan industri berskala besar, platform inovatif dan perniagaan jenis baharu, serta memanfaatkan kelebihan semula jadinya kepada industri bunga yang berkembang mekar.
Taman itu kni mempunyai rumah hijau pintar seluas 350,000 meter persegi, dengan 340,000 meter persegi diperuntukkan untuk mawar, manakala selebihnya pula untuk bunga lili calla. Sejak pembukaannya pada Ogos 2020, taman itu telah menghasilkan hampir 100 juta bunga keratan segar.
Ketua perancangan perindustrian taman tersebut, Zhang Lihui berkata bahawa industri bunga itu telah menyumbang kepada manfaat ekonomi yang signifikan buat petani tempatan. Difahamkan, mereka menerima pendapatan sewaan menerusi pemindahan tanah, dengan RMB 13 juta (AS$ 1.85 juta) dibayar kepada 142 keluarga yang meliputi 528 orang untuk tempoh 10 tahun pertama.
Tambahan lagi, sebuah syarikat perkhidmatan pekerja yang diasaskan oleh komuniti pula telah membuka 300 peluang pekerjaan dalam pengoperasian dan pembangunan taman, dengan para pekerja menerima pendapatan bulanan secara puratanya sebanyak RMB 3,500.
- Yunnan Perkenal Lebih 1,000 Jenis Baru Mawar China
- Sekilas Pandang Tradisi Tangkap Ikan di Yunnan
- Ekosistem Pertanian Berusia 1,300 Tahun Bersinar di Yunnan
- Persediaan Membajak Musim Bunga Ubah Pemandangan Sawah Teres di Yunnan
- Pinggan Mangkuk Meja Mesra Alam Sekitar Diperbuat Daripada Hampas Tebu di Yunnan Terkenal di Luar Negara
- Pelancong Seronok Bermain Air di Xishuangbanna
- Dari Yunnan ke Dunia: Bagaimana Kopi China Terus ke Pentas Global
- Yunnan Kini Masuk Musim Menuai Beri Biru
- Xi Lakukan Tinjauan di Yunnan
- Ximeng, Kaunti Etnik yang Penuh Kebahagiaan