- Lain-lain
Stadium Bola Sepak Kebangsaan Belarus Sumbangan China Dirasmikan di Minsk
![]() |
Stadium Bola Sepak Kebangsaan Belarus yang dibina dan disumbang oleh China dirasmikan di Minsk pada Sabtu.
Presiden Belarus, Aleksandr Lukashenko menghadiri majlis perasmian dan turut menyaksikan perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan belia kebangsaan Belarus dan China yang diadakan pada hari yang sama.
Stadium itu merupakan satu projek penting antara China dan Belarus di bawah rangka kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Ia mampu menempatkan kira-kira 33,000 penonton serta memenuhi piawaian tertinggi FIFA dan UEFA.
Lukashenko menzahirkan ucapan terima kasih kepada pemimpin dan rakyat China serta menyifatkan stadium tersebut sebagai simbol persahabatan kukuh kedua-dua negara.
Stadium tersebut juga akan menjadi mercu tanda baharu di Minsk.
![]() |
- Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Belarus di Beijing
- Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Terpilih Belarus Lukashenko
- Perdana Menteri China, Belarus Adakan Perbincangan
- China Bersedia Eratkan Kerjasama Pelbagai Bidang dengan Belarus - PM Li
- Menteri Luar China, Belarus Adakan Perbincangan
- Xi Bertemu Presiden Belarus
- Xi Ditemui Lukashenko di Beijing
- Presiden Belarus Ditemui Menteri Pertahanan China
- Rundingan Presiden China-Belarus
- Presiden Belarus Bakal Lawat China