Hubungan China, Korea Selatan Yang Sihat dan Stabil Selari dengan Arus Zaman - Xi

(CRI)Selasa 10 Jun 2025

Presiden China, Xi Jinping mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Korea Selatan, Lee Jae-myung pagi tadi.

Xi sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Lee Jae-myung atas pelantikan beliau sebagai Presiden Korea Selatan baharu.

Beliau turut menyatakan bahawa sepanjang 33 tahun sejak terjalinnya hubungan diplomatik, kedua-dua negara giat mempromosikan pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Ujarnya, hubungan China-Korea Selatan yang sihat, stabil dan semakin mendalam selaras dengan arus zaman, sejajar dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara dan turut menyumbang kepada keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran di rantau ini dan global.

Sementara itu, Lee Jae-myung menyatakan bahawa pihaknya mengutamakan hubungan dengan negara China dan komited berusaha memperdalam hubungan kejiranan yang baik, mempertingkatkan persefahaman antara rakyat serta memastikan kerjasama Korea Selatan-China mencapai lebih banyak hasil.

Video

Berita Berkaitan