Bengkel Warisan Kebudayaan China Dorong Pengukuhan Semula Luar Bandar, Pengambilan Kerja

Seorang pekerja sedang mengecat tanglung di sebuah bengkel di Zigong, Provinsi Sichuan, barat daya China pada 14 Januari 2025. (Xinhua/Xu Bingjie)

Seorang pekerja sedang mengecat tanglung di sebuah bengkel di Zigong, Provinsi Sichuan, barat daya China pada 14 Januari 2025. (Xinhua/Xu Bingjie)

Bengkel-bengkel warisan budaya tidak ketara China kini sedang menjadi satu daya yang kuat buat usaha pengukuhan semula luar bandar, dengan lebih daripada 11,000 bengkel seumpama telah melindungi kraf tradisional, menghasilkan peluang pekerjaan, dan melonjakkan ekonomi tempatan.

Memetik data yang dilaporkan oleh agensi berita Xinhua, kesemua bertebaran di sekitar 2,005 kawasan bertaraf kaunti, termasuk 670 kaunti yang dahulunya dikategorikan sebagai miskin dan 135 kaunti utama yang ditetapkan untuk menerima bantuan pengukuhan semula luar bandar, serta menghasilkan peluang pekerjaan buat 1.2 juta individu dalam industri yang berkaitan.

Untuk rekod, lebih daripada 4,300 bengkel beroperasi secara terus di dalam kampung, menyediakan penyusunan kerja yang fleksibel menerusi pengeluaran dari rumah serta model penggajian secara harian khususnya buat penduduk warga emas, golongan wanita, dan golongan kurang upaya.

Kerajaan China secara aktif mempromosi peranan warisan budaya tidak ketara dalam pemeliharaan budaya dan pembangunan ekonomi.

Pada Disember 2021, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta beberapa jabatan kerajaan pusat yang lain telah mengeluarkan dokumen mengenai dasar khususnya dalam memberi bimbingan mengenai penubuhan dan pengoperasian bengkel, menekankan pemupukan bakat, penghasilan kerja dan sokongan industri.

Di peringkat tempatan, 18 provinsi telah memperkenalkan dasar untuk memperakui dan mengurus bengkel-bengkel itu, menawarkan dana, bantuan pemasaran dan penyelarasan sumber.

Sebagai contoh, daerah Xiaoshan di Provinsi Zhejiang telah memadankan antara bengkel dengan kampung. Bengkel lobak jeruk warisan budaya tidak ketara Xiaoshan, daerah bertaraf provinsi telah menghubungkan lebih 40,000 petani menerusi pengeluaran berasakan kontrak, yang menjana nilai output sebanyak RMB300 juta (sekitar AS$42 juta) pada 2024.

Setakat Mac tahun ini, jumlah pewaris warisan budaya tidak ketara peringkat kebangsaan telah bertumbuh sehingga hampir 4,000.

Video

Berita Berkaitan