Menteri Luar China, Oman Bincang Konflik Israel-Iran

(CRI)Khamis 19 Jun 2025

Menteri Luar China Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Oman Sayyid Badr Hamad Al Busaidi membincangkan konflik Israel-Iran menerusi panggilan telefon pada Rabu.

Sayyid Badr berkata serangan Israel terhadap Iran membelakangi Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa, serta mencabul kedaulatan negara dan keutuhan wilayah Iran.

Ujarnya, Oman bimbang akan situasi semasa khususnya serangan menyasar kemudahan nuklear yang mungkin mengakibatkan kebocoran hingga membawa malapetaka kepada rantau ini.

Sementara itu, Wang berkata tindakan Israel melanggar undang-undang dan norma asas hubungan antarabangsa, mencabul kedaulatan dan keselamatan Iran serta menjejaskan kedamaian dan kestabilan rantau.

Pada saat kritikal ini, masyarakat antarabangsa khususnya negara-negara rantau perlu bergabung tenaga mempertahankan keadilan dan bersuara lantang untuk menentang peperangan, menjunjung kedamaian serta mendorong penyelesaian konflik melalui saluran politik.

China akan meneruskan komunikasi dan penyelarasan dengan negara-negara terbabit termasuk Oman serta memainkan peranan konstruktif untuk meredakan ketegangan dan memulihkan kedamaian di Asia Barat menerusi platform PBB.

Video

Berita Berkaitan