- Lain-lain
Tiada Kalah Menang dalam Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-AS
Manfaat bersama dan menang-menang merupakan inti pati kepada perkembangan berterusan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat (AS) selama ini.
Demikian dinyatakan Duta Besar China ke AS, Xie Feng ketika berucap dalam majlis makan malam meraikan ulang tahun Majlis Perniagaan AS-China yang berlangsung di Washington pada Rabu.
Xie berkata kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara merupakan pilihan bersama berdasarkan kelebihan yang saling melengkapi, bukan mainan campur tolak yang akhirnya ada pihak yang menang dan kalah.
Ujarnya, adalah tidak realistik untuk memutuskan aliran modal, teknologi dan bakat dalam senario globalisasi pada masa ini.
Beliau turut memberi contoh bahawa perdagangan antara China dengan ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) masing-masing menokok 9 peratus dan 3 peratus pada lima bulan pertama tahun ini, namun dagangan China-AS menurun 8 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
- Tinjauan CGTN: AS Diseru Bertindak Sehaluan dengan China dalam Isu Dagangan
- China Bidas AS Cakap Kosong, Tak Patuhi Konsensus Perdagangan
- Keyakinan Pengeksport Global Merosot Akibat Dasar Perdagangan AS - Laporan Allianz
- Perang Perdagangan AS Hanya Merugikan Diri Sendiri
- Percubaan Lancarkan Perang Perdagangan Salah Belaka - PM Poland