Keyakinan Pengeksport Global Merosot Akibat Dasar Perdagangan AS - Laporan Allianz

(CRI)Rabu 21 Mei 2025

Laporan tinjauan oleh kumpulan Allianz Jerman mendapati bahawa dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) telah melemahkan keyakinan pengeksport di peringkat global.

Laporan Allianz yang diumumkan pada Selasa melibatkan 4,500 pengeksport dari sembilan negara termasuk China, Perancis, Jerman, Itali, Poland, Singapura, Sepanyol, United Kingdom dan AS.

Pada 2 April lalu, kerajaan AS mengumumkan akan mengenakan "tarif timbal balik" ke atas semua rakan dagangnya.

Tinjauan Allianz itu mendapati bahawa sebelum tarikh tersebut, sebanyak 80 peratus pengeksport menjangkakan jumlah eksport akan meningkat pada tahun ini.

Bagaimanapun selepas 2 April, angka tersebut merosot kepada 40 peratus.

Tinjauan tersebut juga menunjukkan bahawa sesetengah syarikat terpaksa memindahkan kos kepada pelanggan dengan menaikkan harga barangan. Di AS, 54 peratus syarikat memilih untuk berbuat demikian.

Video

Berita Berkaitan