- Lain-lain
Tinjauan CGTN: AS Diseru Bertindak Sehaluan dengan China dalam Isu Dagangan
China dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan dialog secara ikhlas dan mendalam semasa mesyuarat pertama mengenai mekanisme perundingan ekonomi dan perdagangan di London mutakhir ini.
Satu tinjauan membabitkan warganet seluruh dunia yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) mendapati rata-rata responden berpendapat bahawa dialog kali ini memberi isyarat positif untuk melaksanakan konsensus dicapai pemimpin kedua-dua negara menerusi panggilan telefon serta mengurangkan pergeseran ekonomi dan perdagangan.
Mereka menyeru supaya AS bertindak sehaluan dengan China dalam melaksanakan kesepakatan yang dicapai sempena mesyuarat berkenaan.
Dalam tinjauan itu, 87.1 peratus responden berkata tidak wujud isu siapa yang rugi dan siapa yang untung dalam hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS.
Sebanyak 85.2 peratus responden percaya bahawa pemerkasaan kerjasama ekonomi dan perdagangan bukan sahaja kondusif bagi pembangunan kedua-dua negara, tetapi juga memberi jaminan penting untuk memastikan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global.
Menurut dapatan tinjauan, 87.1 peratus responden menganggap hubungan ekonomi dan perdagangan yang sihat dan stabil antara China dan AS bukan hanya membawa manfaat kepada rakyat, malah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sejagat.
- Jerat Tarif AS: Mudaratkan Pihak Lain, Jahanamkan Diri Sendiri
- Dasar Tarif AS, "Halangan Utama" bagi Operasi Syarikat Multinasional
- China Bidas AS Cakap Kosong, Tak Patuhi Konsensus Perdagangan
- Trump Umum Tarif Keluli Naik kepada 50 Peratus
- Tarif Trump: Syarikat Global Catat Kerugian AS$34 Bilion
- Mahkamah AS Gantung Pelaksanaan Tarif Trump
- Industri Jepun Semakin Terjejas Akibat Tarif AS
- Keyakinan Pengeksport Global Merosot Akibat Dasar Perdagangan AS - Laporan Allianz
- AS Digesa Patuhi Peraturan Perdagangan Antarabangsa, Hormati Hak Pembangunan Negara Lain
- China Bidas Penyalahgunaan Langkah Kawalan Eksport AS