- Lain-lain
China Bidas AS Cakap Kosong, Tak Patuhi Konsensus Perdagangan
Amerika Syarikat (AS) secara unilateral terus mencetuskan pergeseran perdagangan yang baharu dengan China, meningkatkan ketidakpastian dan ketidakstabilan dalam hubungan ekonomi perdagangan dua hala, malah memutarbelitkan fakta tersebut dengan menuduh China sebagai pihak yang melanggar konsensus. Modus operandi AS yang tidak berdasarkan kebenaran itu sama sekali tidak diterima pihak China.
Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Perdagangan China ketika menjawab soalan dikemukakan wartawan mengenai kenyataan pihak AS yang mendakwa China melanggar konsensus yang tercapai dalam perbincangan ekonomi dan perdagangan kedua-dua pihak di Geneva tidak lama dahulu.
Menurut jurucakap itu, selepas berakhirnya perbincangan ekonomi dan perdagangan di Geneva, pihak AS tetap melancarkan beberapa langkah sekatan diskriminatif yang baharu terhadap China, termasuk mengeluarkan panduan kawalan eksport cip kecerdasan buatan (AI), menghentikan penjualan perisian reka bentuk cip (EDA) ke China dan mengumumkan pembatalan visa untuk golongan pelajar China.
Tindakan-tindakan sedemikian sama sekali tidak seleras dengan konsensus yang dicapai dalam perbualan antara pemimpin kedua-dua negara pada 17 Januari lalu, tidak senada dengan kata sepakat yang tercapai dalam perbincangan ekonomi dan perdagangan kedua-dua pihak di Geneva, dan dilihat sebagai dampak besar terhadap China yang konsisten dalam membela nasib negara.
Jurucakap itu mendesak pihak AS agar membetulkan tindakan salah tersebut dengan serta-merta, dan bersama-sama mengekalkan konsensus yang tercapai dalam perbincangan Geneva demi pembangunan hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS yang sihat, stabil dan mampan.
Sekiranya pihak AS berkeras meneruskan tindakan yang membawa dampak negatif, China pun tidak berganjak dari mempertahankan hak dan kepentingan milik sendiri.
- Trump Umum Tarif Keluli Naik kepada 50 Peratus
- Tarif Trump: Syarikat Global Catat Kerugian AS$34 Bilion
- Mahkamah AS Gantung Pelaksanaan Tarif Trump
- Industri Jepun Semakin Terjejas Akibat Tarif AS
- Keyakinan Pengeksport Global Merosot Akibat Dasar Perdagangan AS - Laporan Allianz
- AS Digesa Patuhi Peraturan Perdagangan Antarabangsa, Hormati Hak Pembangunan Negara Lain
- China Bidas Penyalahgunaan Langkah Kawalan Eksport AS
- China Menggesa AS Hentikan Langkah Tarif Seksyen 232
- China Gantung Penguatkuasaan Senarai 17 Entiti AS yang Tidak Boleh Dipercayai
- China Menggantung Sementara Kawalan Eksport terhadap 28 Entiti AS