- Lain-lain
China Kecam Serangan AS Menyasarkan Tiga Tapak Nuklear Iran
China mengutuk keras serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas tiga tapak nuklear Iran yang berada di bawah pemantauan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
Perkara itu disuarakan jurucakap Kementerian Luar China pada Ahad ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai pengumuman Presiden AS, Donald Trump bahawa pihaknya telah melancarkan serangan terhadap kemudahan nuklear Iran di Fordow, Natanz dan Isfahan.
Jurucakap itu berkata, serangan AS itu secara serius melanggar tujuan dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Undang-undang Antarabangsa, selain memburukkan lagi ketegangan di Timur Tengah.
"China menggesa semua pihak, terutamanya Israel melaksanakan gencatan senjata secepat mungkin untuk memastikan keselamatan penduduk awam dan mengadakan dialog dan rundingan.
"China bersedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menyatupadukan tenaga dan menegakkan keadilan demi memulihkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah," katanya.
- Keputusan Sama Ada Serang Iran Diketahui dalam Dua Minggu: Rumah Putih
- Usaha Politik Satu-satunya Pendekatan Selesai Isu Nuklear Iran: Duta China
- Rakyat Iran Berkabung untuk Mangsa Tragedi Letupan Pelabuhan Shahid Rajaei
- Wakil China, Rusia dan Iran Bertemu Ketua Pengarah IAEA
- China Sokong Usaha Damai Isu Nuklear Iran Secara Politik dan Diplomatik
- Rundingan Mansuhkan Pelan Nuklear Damai Iran, Tidak Akan Berlaku
- Iran Bakal Adakan Dialog Pusingan Baharu dengan Britain, Perancis dan Jerman
- China Berpendirian Teguh pada Penyelesaian Isu Hangat Melaui Dialog dan Rundingan
- Konfrontasi Tidak Bantu Selesai Isu Nuklear Iran: Wakil China
- Iran Lancar Serangan Dron, Peluru Berpandu terhadap Israel